Sunday, December 5, 2010

Jamuan Akhir Kelas Abacus

Terima kasih kepada semua pelajar dan ibu bapa yg sudi hadir memeriahkan majlis jamuan akhir kelas abacus di Mc D Wakaf Che Yeh pada 4/12/2010...
Pelajar2 yg hadir dr SK Mulong 1... Hasif, Ammar, Fakrul, Hafiq & keluarga, Firdaus, Ain, Aisya, Syahira, Atirah, Efah, Yasmin, Alia & fatimah & keluarga
Dari SK KG Keling.. Alisa & keluarga ... Syakir
Dari SK Long Gafar ... Nik Hafiz & Nik Aisyah
dan ucapan terima kasih pada Syahira.. Ain dan Aisya kerana sudi bagi cikgu cenderahati..
Syahira... kad yang syahira bagi cikgu akan simpan sampai bila2.. dan gambar rama-rama yang syahira lukis mmg cantik... cikgu akan simpan semuanya buat kenangan.. Semua pelajar abacus memang best... cikgu akan sentiasa merindui kalian semua... Salam sayang dr cikgu untuk semua pelajar Abacus....












Jamuan Akhir Kelas Abacus

Koleksi gambar jamuan akhir kelas abacus, di KFC Kubang Kerian pada 03/12/2010..
pelajar2 yang turut serta dari SK Kubang Kerian2 & SK Long Gafar...
Nama2 pelajar yang hadir memeriahkan majlis ini antaranya... dr SK Kubang Kerian 2 ... Firdan, Afifi, Nabil dan keluarga, Syahmi, Shahira, Alia, Balqis & Salsabilla
Pelajar dr SK Long Gafar.. Rohani Law, Fatin, Aisyah Najwa & adik, Sofia & Adik dan Hakimie.. terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa bersama menjayakan program jamuan akhir kelas abacus..
dan tidak lupa terima kasih pada Firdan kerana sudi bagi cikgu cenderahati yg comel ... ('',)



Jamuan Akhir Kelas Abacus

SK Kubang Kerian 2 & SK Long Gafar
SK Mulong 1, SK Kg Keling & SK Long Gafar









Thursday, December 2, 2010

Mencari keredqaan Ilahi...



RASULULLAH SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara, yakni perkara baik dan buruk. Sabda Baginda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud: “Mahukah engkau aku beritahukan mengenai kunci semua perkara ini? Aku (Muaz) menjawab: Mahu wahai Rasulullah SAW. Lalu Baginda SAW memegang lidahnya dengan berkata: Awas, jagalah ini (lidah) baik-baik. Aku (Muaz) pun berkata pula: Wahai Rasulullah SAW, apakah kami akan dituntut atas tutur kata kami? Lalu Baginda SAW menjawab: Moga-moga Allah peliharakan engkau. Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)














Kehidupan Sebagai Ujian
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).” (Surah ali-Imran 3:14)

6 perkara yang menjadi ujian keimanan :

1.Wanita
2.Anak-anak
3.Harta benda
4.Kenderaan yang baik dan hebat
5.Binatang ternakan
6.Tanah dan ladang
Oleh itu berpada-padalah dan sentiasa ingat bahawa kedatangan kita di muka bumi bukanlah untuk tujuan yang sia-sia. Jadi, hargailah kesempatan yang sekejap ini untuk mencari kebaikan yang menyumbang semula pada kesejahteraan hidup di akhirat. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan-Nya. Dan hanya kepada Allah jualah kamu (tempat kembali setelah) dibangkitkan (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-Nya).” (Surah al-Mulk 67:15)

Renung-renungkan....