Tuesday, September 22, 2009

ANAK DIDIKKU…



Semalam…
Kaki melangkah ke kelas ini…
Ku lihat wajah² comel di depan mata
Tiada siapa ku kenali…


Semalam…
Wajah² didepan ini..
Ku marahi dengan kata² semanggat..
Marahku bukan tanda kebencian
Marahku hanya untuk mendidik
Agar anak bangsaku tidak ketinggalan

Semalam…
Ku cuba bentuk peribadi
Ku cuba perbaiki
Kelemahan anak didikku
Dengan pelbagai cara
Agar mereka fahami
Apa yang inginku sampaikan…


Anak didikku..
Hari ini kita berhimpun..
Setelah lama kita bersama
Kasih sayang telah ku curahkan
Kemesraan ku berikan dengan keikhlasan
Dan hari ini mungkin…
Yang terakhir kita bersua…

Pesanku…
Jangan abaikan tanggungjawabmu…
Belajar dan terus
Menjadi insan yang sempurna
Ku susun sepuluh jari
Memohon kemaafan
Di atas kekasaran yang lalu
Bukan niat menyakiti
Hanya untuk mendidik
Maafkanlah gurumu ini..
Dan…
Jangan leraikan ukhwah yang pernah terjalin…

♥Cikgu Ba…♥










No comments:

Post a Comment