Sunday, October 17, 2010

Ruangan Kreatif


Salam buat semua... hari ni pulak cikgu nak kongsi buat keychain menggunakan benang... mula2 dulu cikgu ingatkan susah nak buat... tapi setelah belajar... senang sgt2 nak buatnya... terima kasih pada Fazlieana SK Cabang Empat, Tumpat.. kerana sudi ajar cikgu cara mcm mn nak buat keychain benang ni... so, dapatla cikgu kongsi kat ruangan kreatif ni... biasanya cikgu tengok keychain ni ramai yg buat nama sdiri, tapi hari nih, cikgu buat ABACUS AN NUR... jom kita tengok cara2 kat bawah ni... ('',)



Bahan2 :
*Benang... * Gunting... *Kertas tebal......

ukur benang sama panjang sbyk 4 helai
lepas tu pelajar boleh simpulkan seperti gambarajah kat atas



Langkah seterusnya untuk mbentuk huruf, biasanya mengikut keinginan pelajar..
ambik benang putih lilit sbyk 4 lilitan...
angkat benang merah ke atas, lilit benang putih 2 lilitan kat bawah & jatuhkan benang merah ... seterusnya lilit dengan benang putih pula 2 lilitan kat atas... dan begitulah seterusnya sehingga siap keseluruhan huruf ...



setelah siap kesemua huruf... benang yang berlebihan selitkan menggunakan gunting
potong benang & kertas yang berlebihan...


Selamat Mencuba... ('',)


Hari ni, cikgu nak kongsi cara buat kotak cute.. kotak kecil ni pelajar boleh dijadikan kotak hadiah, atau kotak simpan barang2 aksesori atau untuk dijadikan hiasan... tak la susah sgt... jom kita tengok mcm mn nak buatnye.... ('',)


Bahan2 :
*Kertas warna - 2 helai ...*gunting.. *hiasan.. riben atau stiker


Langkah pertama...
gunting kertas seperti gambarajah di atas..
size t'pulang pd pelajar nak kotak besar
atau kotak kecil..
satu helai lagi pelajar kena gunting kertasnya
lebih besar sedikit sbb nak jadikan penutup kotak

langkah seterusnya pelajar boleh tengok gambarajah di atas... kertas hendaklah dilipat utk dijadikan garisan bagi memudahkan proses melipat nanti...

Selamat Mencuba... ('',)





Cikgu baru je buat bekas pensil seperti gambar kat bawah ni, tak la cantik sangat tapi pelajar boleh buat lebih cantik dari cikgu... bekas pensil ni, pelajar boleh buat untuk diri sendiri atau boleh jugak nak bagi hadiah kat kawan2, hadiah untuk mama n papa .. atau abang, kakak @ adik kat umah.. dan jangan lupa untuk mencantikkan lagi bekas pensil ni, letak la hiasan mengikut citarasa masing-masing... Jom kita buat sama-sama... ('',)

Bahan-bahannya....
*Kertas surat khabar lama * lidi *gunting *gam *masking tape *Spray *Hiasan
mula-mula gulung kertas menggunakan lidi...

lepas tu gam kertas yang terakhir.. dan jangan lupa... lepas siap gulung, lidi hendaklah dibuang... sbb nak gulung kertas yang lain pula....
gulung lebih kurang 15 batang.. (terpulang pada pelajar nak size bekas pensil tu besar atau kecil, kalu nak lebih tinggi, tambah lagi beberapa batang kertas)
ikut gambar rajah kat atas... dan seterusnya gambarajah kat bawah....

apabila gulungan dah nak habis, pelajar boleh sambung dengan gulungan yang lain dan 'masking tape' agar tak tertanggal masa melipat kertas seperti gambarajah di bawah...


bahagian atas sekali, pelajar selitkan dan gunting lebihan kertas yang tidak diperlukan....

bila dah siap, pelajar boleh la spray dan jemur ditempat yang panas.. dan last skali bab menghias, terpulang pada pelajar nak letak riben ke, atau stiker ke untuk mencantikkan lagi bekas pensil tersebut.... okay selamat mencuba... ('',)



Ada pelajar tanya cikgu... " cikgu ba, macam mana nak tampalkan belian kat tudung? cantik la kalu dapat buat sendiri mgikut citarasa.. lagi best".. kat bawah nih cikgu kongsi cara nak tampalkan belian kat tudung.. biasanya cikgu beli kain tudung kosong n tampal sendiri kat umah... nak buatnya senang je, tak sampai 30 minit, tapi perlu berhati2.. ('',)

Mula2 sediakan bahan2nye dulu.. bukan bahan masakan tau...
* kain tudung (warna mengikut citarasa) * lilin *belian* paku *penampal periuk
seterusnya, balut paku yang bahagian bulatnya dengan penampal periuk, pastikan bahagian yang ada gam kat belah luar.. jadikan paku tersebut macam cop... dan tekatkan belian pada paku yang telah dibalut tadi..

sekarang belian yang kita tekapkan pada paku dihalakan pada lilin, panaskan belakang belian tersebut hingga gamnya cair dan terus tekapkan pada tudung seperti gambar dibawah

buat berulang2 mengikut citarasa pelajar...


gambar kat atas nih menunjukkan bahagian bawah kain tudung yang ingin diletakkan belian, jarak mengikut kesesuaian pemakai..


sekarang dah siap.... dah boleh pakai .... Selamat Mencuba... ('',)


2 comments:

  1. terima kasih atas tunjuk ajar,saya kurang pasti cara kedua (ikat tapak)untuk bakul kertas tu.boleh tak terangkan?

    ReplyDelete
  2. sama2...:) untuk memulakan tapak perlu selang selikan gulungan kertas dan buat mcm pangkah utk permulaan.. lepas tu terus jer lilit berselang seli... mengikut nak size bakul besar atau kecil...

    ReplyDelete