Thursday, December 2, 2010

Mencari keredqaan Ilahi...



RASULULLAH SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara, yakni perkara baik dan buruk. Sabda Baginda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud: “Mahukah engkau aku beritahukan mengenai kunci semua perkara ini? Aku (Muaz) menjawab: Mahu wahai Rasulullah SAW. Lalu Baginda SAW memegang lidahnya dengan berkata: Awas, jagalah ini (lidah) baik-baik. Aku (Muaz) pun berkata pula: Wahai Rasulullah SAW, apakah kami akan dituntut atas tutur kata kami? Lalu Baginda SAW menjawab: Moga-moga Allah peliharakan engkau. Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)














Kehidupan Sebagai Ujian
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).” (Surah ali-Imran 3:14)

6 perkara yang menjadi ujian keimanan :

1.Wanita
2.Anak-anak
3.Harta benda
4.Kenderaan yang baik dan hebat
5.Binatang ternakan
6.Tanah dan ladang
Oleh itu berpada-padalah dan sentiasa ingat bahawa kedatangan kita di muka bumi bukanlah untuk tujuan yang sia-sia. Jadi, hargailah kesempatan yang sekejap ini untuk mencari kebaikan yang menyumbang semula pada kesejahteraan hidup di akhirat. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan-Nya. Dan hanya kepada Allah jualah kamu (tempat kembali setelah) dibangkitkan (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-Nya).” (Surah al-Mulk 67:15)

Renung-renungkan....

No comments:

Post a Comment